Saturday, April 23, 2011

Andainya lelaki tahu,



Andainya lelaki tahu
apabila perempuan sudah jatuh cinta
lelaki itu tidak semestinya punya segala
tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya

Andainya lelaki tahu
apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata
itu bukan bermakna dia lemah
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu


Andainya lelaki tahu
apabila seorang perempuan itu marah
memang dia tidak mampu untuk mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki  itu
Lihat saja pasangan yang baru bercinta mereka jarang bergaduh
tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang
semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku


Andainya lelaki tahu
apabila perempuan berkata dia ingin anda berubah
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik
bukan untuk dirinya
tetapi untuk masa depan anda


Andainya lelaki tahu
apabila perempuan banyak bercakap
dia tidak pernah bermaksud membuat anda rimas
tetapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat

Andainya lelaki tahu
apabila perempuan cemburu dan tidak mempercayai anda
bukan bermakna dia tidak sayang
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian

kadang kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi
naluri keibuan sangat kuat
dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda


Andainya lelaki tahu
apabila perempuan merajuk
jangan kata dia mengada ngada
dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai


Andai lelaki tahu
Apabila perempuan jarang mengatakan 'i love you'
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya
bukan hanya hadir dari kata kata

 tetapi juga melalui bahasa tubuhnya

Andai lelaki tahu
apabila dia kata dia rindu kamu
dia benar benar maksudkannya
apabila berjauhan,bayanganmu akan sentiasa bermain di mata


Andai lelaki tahu
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu
jangan percaya kata katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu
dia mahu lihat sejauh mana kamu mahu sanggup menjadi yang terbaik di matanya
walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya
selagi dia dengan kamu, percayalah
walaupun perempuan mengganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya kamu tetap yang terbaik

Andai lelaki tahu
apabila perempuan berkata
'tolong tinggalkan saya'
dia tidak bermaksud untuk menyuruh anda pergi selamanya
dia hanya mahu menenangkan fikirinnya sebentar saja
Apabila dia kembali tenang
percayalah dia akan mencari anda semula
itu tandanya dia benar benar menyintai anda
perempuan sukar untuk mengawal perasaan
dia terlalu emotional
tetap dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensetif dengan perubahan pada diri anda


Andai lelaki tahu

sememangnya Allah SWT menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri
tetapi sekiranya mereka saling memahami
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan

Perempuan itu diciptakan oleh Allah SWT sangat indah sekali
di sebalik air matanya
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan lelaki itu merasa selamat bersamanya
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tetapi dia punya kekuatan sendiri
yang boleh menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna
Dialah yang bakal menjadi perempuan berkerjaya,isteri juga ibu yang terbaik untuk anak anak anda.

Psst : I just want you to know.  Ehem, amik dari orang ni :D 
Re-blog if you like it.
Lovesq,

Mengediks :D


Hihihi, I got bored. Sorry :)

Psst : Yes, REALITY baby. I'm getting fatter. *Not proud of it. Kkk, bye.
Lovesq,

Saturday Morning,

Good afternoon youngsters :)

Hehe, tak da la morning sangat. Tadi bangun pukul 12, my mum suruh bangun teman pegi amik adik dekat sekolah, yeah wilayah sekolah. Kena amik dia, then we went to carefour, buy groceries, jumpa Ude, dia kerja sana. First time tengok dia main roller-skate. So shop here and there and bla bla. 

Mia merengek nak minum ice blended. So pegi each a cup, Wangsa Walk
Me mia and diba had our Chocolate ice blended + pearl + green apple. Nyum nyum :D



That's all. Lovesq,

Pssst : Hunny baru bangun, baru je call. And dia tidur balik. Kesian Hunny I, not feeling well. Take care okay :*
Loves,

Awak,

Awak, 


akan tetap jadi 'Dup dab dup dab' kita. And andd, sampai bila bila pun I akan jaga you. Insyallah. I will try my best just for you Hunny.

You are my heartbeat. Tak da you boleh mati tau ;) 

Psst : Sorry tak boleh tidur, sakit badan :( Pity me, tak da siapa nak teman. Hunny tak sihat, awak take care oky ? Esok I call in the morning *my morning k Hunny.

I love you Hunny, you are so MINE
Loves,